About Us

Kisah Firma Kami

Firma Guaman

Firma yang ditubuhkan pada tahun 2002 ini kini ditunjangi oleh dua orang rakan kongsi iaitu Puan Omayah Omar yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan Encik Muhamad Aiman, seorang peguam litigasi sivil dan korporat yang sering mendapat kepercayaan untuk mewakili agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan orang perseorangan.

Omayah, Nawal & Partners kini sudah beroperasi untuk tempoh lebih 20 tahun dan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan guaman yang berkualiti dan penuh profesional untuk klien-kliennya. 

Kepuasan klien dan pelaksanaan proses keadilan secara profesional sentiasa menjadi tunjang utama firma ini. Malah sejak tahun 2022, firma ini tidak lagi mengenakan sebarang bayaran untuk konsultasi ringkas melalui telefon bagi meningkatkan lagi akses masyarakat kepada nasihat perundangan yang berkualiti.

Omayah, Nawal & Partners mempunyai pejabat di Alor Setar, Kedah dan kini menyediakan perkhidmatan perundangan secara atas talian apabila klien boleh terus berhubung melalui panggilan telefon, WhatsApp dan panggilan video.

Kini Omayah, Nawal & Partners menjadi jenama yang dipercayai dalam bidang perundangan khususnya di negeri Kedah

Pencapaian Kami

0

Tahun Beroperasi

0 +

Klien Telah Diwakili

Barisan peguam berpengalaman dan berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia, semuanya di hujung jari anda

Firma guaman kami adalah fleksibel dengan memberi pilihan kepada anda untuk berkomunikasi secara atas talian (online) mahupun secara bersemuka. Hanya telefon, klik icon WhatsApp, isi borang atas talian atau terus datang ke pejabat kami untuk mendapat nasihat perundangan yang berkualiti dan mesra poket anda

Puan Omayah

Rakan kongsi

Encik Muhamad Aiman

Rakan Kongsi

Puan Atikah Shahiira

PEGUAM

Encik Mohd Ilhamy

PEGUAM

Perlukan Nasihat Peguam atau Mahu Dapatkan Sebut Harga?

Copyrights © 2024 Omayah Nawal & Partners